Wednesday, June 22, 2011

lampe berger (bertaubat la kwn2 ku)

sekadar ngan berkongsi, ni aku amik kat satu threads kat tenet, moga2 jadi teladan, 

Hmm..aku pun mangsa ejen LB ni.. Suatu ari tu, kawan lame aku ajak ler p jalan2 KL. Beria2 benar le ajak, pelik aku. Dia cakap, die boring, nak aku teman. Last2 aku ikut jela. Pastu dia ajak aku p ofis die. Makin komfius aku. Nak aku keje kat ofis die ke ni.. Sampai kat ofis die, kat menara HLA tu, kire ok la die soh p solat maghrib dulu. Pas solat tu, die pn bawak la kat ruangan bwh menara HLA tu. Nampak la produk2 LB tu, oil pewangi ngn bekas minyak tu. Emm..rase mcm da terkena perangkap MLM jer, bengang jer kat membe ni sbb tak bagitau die ahli MLM. Cakap nak jalan2 jer.
ada lagi nie



Sambung citer. Pastu, die citer la produk2 tu. Harga ribu2. Ok, dengar jela. Dia bawak tgk kaunter jualan la, sistem perolehan gaji la, spa, tunjuk ruangan yang penuh ngn orang. Dia cakap la, diorang ni seme tengah nak berebut peluang nak mengubah kehidupan.Cehh.. Dalam pusing2 jalan2 tu, setiap kenalan membe ni dok citer ttg kebaikan joint diorang. Da abis pusing, sampai la kat ruangan consultation. Membe ni pun panggil la sorang kawan die, challlenge marquis rasenya. Kene la basuh ngn minah ni, nama MARIA. Mase ni die citer la pelan pemasaran, yg start RM2345 tu. Mase tu nampak cam ok ler, sbb blur2 lagi. Lagipun mase tu nampak org keje bagus2 pun joint. Tapi aku tak brape suke mase tu, asyik citer bab kete, duit. Pastu pelekeh keje orang. Cakap, sampai bile nak keje bawah orang, yg kaya bos gak. Gaji awk tetap byk tu.

Abis sesi brainwash. Terus bagi borang pendaftaran, soh isi. Terpaksa la isi, sbb diorang xbagi mase nak pk. Pastu, dia ajak ke bilik lain, sambutan seorang jadi marquis. Hmm..yang tak best time ni, die pasang lagu bodoh soh orang joget2 macam siol. Pastu wat cheers. Aku paling tak suke bab ni. Pastu abis tu, kene melepak lak minum,makan. Makan kat gerai buruk je, tepi menara HLA tu. Dkt kul 2 pagi baru balik. Sia2 je mase aku malam tu.

Sambung cite. Pastu esok lusa, sbb da isi borang pendaftaran tu, aku pun terpaksa la bayar yuran RM150. Pastu dia mintak la dokumen2 spt bil api, statement bank, statement KWSP, slip gaji, soh wat loan RM2500 untuk jadi Franchisee. Mase ni, baik la membe tu, blanje makan la, ajak jumpe la. Aku ikut jela, sbb aku xnampak lagi kelemahan program ni, lagipun aku termakan gak cakap diorang. Nak meniaga kene ade modal. Setiap orang mesti boleh buat.

Ok, pas setel dokumen2 diorang nak tu, diorang ni masih nak ajak aku p menara diorang tu. Aku jawab la, nak wat pe. Loan pun xapprove lagi. Nak wat pe bazir mase kat sane. Diorang cakap nak ajar le cara2 cari downline. Lastly, aku pun pergi la. Lepas seminggu lebih dari hari pertama jejak kaki kat HLA tu.

Ok, pada hari kedua ni, diorang pun tunjuk la slideshow dalam laptop diorang. Laptop marquis Lawrence. Tunjuk la sambutan tahunan LB kat sunway lagoon, dapat sokongan menteri, Amy Search pn joint. Pastu tunjuk la sorang ahli LB kawin ngn sambutan kete2 mewah. Teruja tengok. Pastu, aku pun xsabar2 le nak tau camne diorang bleh jadi camtu. So, marquis tu pun citer la plan RM36000 tu. Die cakap la bile bayar ni, terus naik pangkat jadi Count, atas pada Francaisi dan Baron. Kalu jadi count ni, dapat downline jadi count gak, dapat RM10440. Cukup satu bulan lepas jadi count, dapat RM3ribu lebih. So, diorang pun beria2 la soh aku pinjam ngan ayah duit RM36000 tu. Soh wat loan, siap da standby borang lagi. Diorang cakap, keje gomen mudah wat loan. Aku pun mengiakan jela, sbb xnampak salah lagi. Dah nampak aku yakin jer, diorang pn stop la brainwash aku, pg la makan2 lak. Pukul 1 pagi aku balik malam tu.

Balik umah tu, aku pk2 hal RM36000 tu. Camne nak dapat, ayah aku garang. Bile da dapat, camne nak bayar balik? Aku ni bukan terer cakap pun, nak ajak2 orang joint ni. Fikiran aku buntu. Lebih2 lagi, diorang cakap akan tolong aku dapat loan. Pastu bakal2 downline aku, diorang yg akan explain sistem LB ni, bukan aku. Jadi serba salah, rase kalu diorang tolong pun, bole berjaya ke aku ni.

Aku pun esok lusa, call la ayah aku. Cakap nak wat loan, nak pinjam nama ayah. Tak sangke2, ayah aku setuju. Ayah aku tu da la garang.Cume die nasihat, cari la sumber lain dulu. Ok. Sbb da ayah setuju, aku pun mula la berangan lebih hehe..

Kat ofis suatu ari tu, aku pun mula la berangan nak pakai kete macam diorang. Buka website mercedes la, bmw la.. hari tu hari jumaat, merangkap jumaat baru ni. Tiba2 terlintas ati aku nak surf pasal LB ni. Tengok punya tengok, baca punya baca, rupanya..........

LB merupakan sistem piramid.
LB tak halal, menindas downline. Upline makin kaya, downline takkan melintasi pendapatan upline.
Hanya beberape orang je jadi Duke, padahal dah 4 tahun beroperasi.
Cakap diri adalah bos bile joint ni. Tapi kenapa ada upline yg pendapatan lebih? Kenapa kene ikut cakap upline?
Pergi program LB kene bayar.
LB mengajar untuk menipu, hipokrit.
Kenapa makan sama2, bayar sendiri2? Kata banyak duit.
Tapi yang paling saya terus tolak LB ialah:
1) boleh memutuskan silaturrahim.
Sebab, andai la dapat downline, die mesti nak dapat duit die balik. Pastu, kite lak tak dapat nak tolong die. Mesti die bengang ngan kite. Putus kawan.
2) Andai dapat downline student lak. Mesti die nye pelajaran akan merosot. Andai die tak dapat downline, mane die nak cekau duit bayar instakllment loan? Yang susah, mak bapak die la nanti. Yang upline tu nanti akan bagi alasan, sape soh joint? Risiko sendiri la.Kite hanya bagi peluang jer. Meniaga kedai kopi pn kene pakai modal ape.
3) Aku taknak makan duit tak halal hasil kesusahan orang lain. Andai aku berjaya pun dalam ni, ramai orang akan memusuhi aku sbb penipuan sunat yg aku perlu buat...

aku tujukan menda pada kwn2 aku, moga korg pk la baik2 menda nie, aku syg kwn2 aku..

No comments:

Post a Comment

komen ikut korg...