Monday, May 20, 2019

Baju bernostalgia

Salam,
Misi tinggal misi je la kan.. hahah baper hari da aku ponteng nk nulis kat blog ni. Rini activiti kat rumah tgh kemas2 baju yg x pakai kat almari tu, cari mana2 baju yg nak di lupuskan. Alnaklum la.. dah nek bertimbun kat ghobok baju tu haa.. teriba terjumpa baju ni
Sgt bernostalgia baju ni. Actually ni baju pinjam dari kawan aku lebah selatan. Citer nyer 8 tahun lepas ms g menghantar zul kupi g kawen kat teluk ramunia. Haha mcm mana ntah aku x cukup baju. Nasib bek si lebah selatan ada baju lebih. Muat jugak la walaupun sempit skit. Tp byg kan laa.. g hantar pengantin pakai baju jersey. Its not formal ok.. hahah. 

Ni la baju first ever kerja dalam hidup aku. Kilang shimano mersing. Walaupun hanya bertahan 3 hari sahaja. Nampak x kat situ den ni anak manja. Kah kah kah kah
Ni jacket oil and gas hadiah dr pakcik aku yg bagi. Dia dalam tahun 2005 or 2006 gitu. Tak sangka aku pun terjebak dalam bidang oil and gas. Sekarang sudah 8 tahun terjebak kat bidang oil and gas. 2 topsides ,1 wellhead, 3 FSO conversion ,1 refinery project. Ok tak?

Ni baju koperat utk 1st step aku bergelar chargeman. Target aku sekarang adalah mempunyai engineer yg ada cert chargeman B0.. Doa2kan aku yer.





Tuesday, May 14, 2019

Itenary Jakarta-Bandung 5H4M 2019 part 1

Salam,
Ni nak story pasal trip jalan aku ke jakarta bandung pada Mac 2019 lepas. Trip kali ni selain family aku, fath dengan lala join sekali. Aku book ticket dari november tahun lepas. Mmg tempah awal sebab nak kejar kan promosi Air Asia. Ticket sorg RM200 utk return. Boleh la. Haha.. kami memilih utk mendarat ke jakarta sebab ticket ke bandung agak mahal dan perbezaan harganyer agak jauh jugak. So check it out itenary&picture kat bawah.

Itenary
-Sampai airport jakarta
-lunch kat bandung
-shoppingkedai kain sulam Kana
-shopping rumah kain
-dinner
-hotel

2nd day
-brkfast kt hotel
-kawah putih
-glamping
-petik strawberry
-shopping pisang salai
-shopping activity

3rd day
-kopi luwak
-maribaya the lodge
-floating market
-farm house
-shopping

4th day
-shopping pasar baru
-nek train ke jakarta 👍
-monas jakarta

5th day
-shopping mangga dua
-Ancol beach
-airport

Ni tgh menunggu boarding time. Lepak kat McD jer. Tu je yg agak murah. Hahahaha

Adam da besar, dah blh pakai seat belt sendiri
Ni baru sampai air port jakarta

Airport jakarta. Menunggu supir rio amik van

Ni yg menarik perhatian aku

Polisi @ police

Lunch@ serderhana restorant. Masakan padang. Kitorg amik package 60k rupiah per pax skali dengan jus buah. Sangat sedap n berbaloi

Masa dtg sni tgh rancak kempen utk Pilpres dengan Pemilu

Di rumah kain sulam. Lupa sebenar nya nama kedai ni. Hahaha tp sgt2 murah kain sulam nyer. Wife memborong byk di sini

Datin2 tgh memilih

Datuk2 tgh kebosanan. Hahahah ni di rumah kain. Kat sni murah kain pasang rasanya. Si lalamemborong keras kat sni

Lepas bershopping kain. Terus kami ke victoria hotel and dinner berdekatan. Nama restoran tu chick ah. Sedap tp pedas. Byk menu kat sni.

Where im?

Certeka mana den dalam gmbar bawah ni
Ni la classmate aku kat IKBN melaka
En kamal tgh mengajar. Belajar pasal protection kat switcboard

Ni pn mariam kater nyer legend keroncong. Suara mantap giler walaupun da senior. Salute!!

Geng pergi melaka kali ni

Ni juadah berbuka aku

En Farihan tgh mengajar. Kenali genset n tatacara hidup kan genset

Friday, May 10, 2019

Kelas Chargeman A4

Salam,
Misi menulis hari2 di teruskan lagi, kali ni nak citer pasal kelas chargeman A4 yang sedang aku lalui. Chargemen atau penjaga jentera dalam BM adalah sijil kompeten yang di keluarkan oleh suruhanjaya tenaga. Suruhan jaya ni adalah badan ngan menguruskan hal2 elektrik dlm negara dan badan yang melaksana kan akta bekalan tenaga 1994. Level level chargeman seperti gmbar kat bawah ni
Level @ tahap chargeman

So, aku sekrang sedang ambil course A4 di IKBN secara separuh masa. Tiap2 hari sabtu dan ahad aku ngan geng sekelas aku akan travel ke melaka untuk attend kelas ni.

 Aku degree holder. Sometime, orang akan tnya aku kenapa aku ambil kursus chargeman ni, padahal dah ada degree. Kat sini aku ada beberapa jawapan yang blh sekurang2 nya blh menjadi motivate pada korg. 

1. Degree holder dah byk kat malaysia ni. Tp pluang pekerjaan tu x dpt memenuhi jumlah graduan yg keluar saban tahun. Then, kat sni persaingan sangat sengit. So dengan sijil chargeman ni, ia boleh jd additional value dlm diri kita. 

2. Sijil kompeten + degree = gaji yang wow. Ni korg boleh demand gaji masa korg apply keja. Contoh nyer rate gaji fresh graduate adalah RM2500, tp dengan ada nyer sijil ni korg boleh demand skit gaji tu. Maybe blh up RM3000 or RM3500. 

3. Its about multitasking. Bila korg ambil kursus chargeman ni, insyaAllah korg akan tau kerja wiring, troubleshoot utk circuit electrical. So bila korg jd engineer, korg akan jd engineer yang taw dr kerja kerja serta keja2 hands on.

4. Planning hari tua, aku mmg da plan. Umur aku da tua nnti aku x nak jd engineer lagi. Sudah2 la kerja pening. Dah berumur nnti mmg target aku nK jd chargeman sepenuh masa. Sebab apa? Korg kena kenal dlu dgn otai2 chargeman level B0 @ B4 , korg akan paham apa yg aku ckap ni.

Ni la roy. Classmate aku dari class A0 sampai la kelas A4


Thursday, May 9, 2019

Adam dapat no.2 😚😚😚😚

Salam,
Misi menulis blog hari2 di teruskan, hari ni sekolah adam ada buat Open day untuk parent2 amik report card pelajar. Sgt memberangsangkan result anak i exam. Hahaha baru aku taw rasa bangga bila anak kita cemerlang blajar. Tp x kisah la, x cemerlang pun kita boleh cuba lagi. As parent ,kita jgn nak pressure anak kita sampai anak kita tension. I luv u my son
Komen yg positif dr cikgu nyer

Markah adam. A

Ni la budak bertuah tue

I wish u best of luck dlm hidup adam. Perjalanan masih jauh. Mungkin ayah ada dlm sebahagian perjalanan sahaja bersama adam. Tp ayah janji i will prepared u good contidion to be the best person in the world. InsyaAllah

Wednesday, May 8, 2019

Adam da tahu malu hisap botol

Salam,
Misi menulis hari2 di teruskan lagi. Kali nk sembang2 pasal anak kesayangan ku Adam. Nak di jadikan cerita, kitorg agak terlewat masa nak hntr adam ke taska nya then asam terlepas van nak ke tadika intan sayang dia kat jalan cermai 17 tu. So kitorg singgah gak ke taska utk letak beg baju adam and same time adam masih menyonyot botol susu dia lg. 😅😅😅

Lepas hantar wife ke sekolah, aku pun drive terus ke tadika adam, aku pun letak botol susu dia tu dalam beg sekolah dia🤗🤗. Alkisah nyer, balik jer dr taska dia ngadu ke mama dia 'apa lah ayah ni letak botol dalam beg adam, adam malu tau, kawan2 ada suma ketawa kan adam'. Hahaha😆😆😆😆. Lawak la ko ni adamo. K la.. tu je nak citer. Bye

Adam ngan bapak nyer

Salam Ramadan

Salam,
Misi menulis hari2 di teruskan lgi walaupun da x nulis 2 hari lepas. Haa rini da masuk hari ke-3 kita berpuasa. Tahun ni aku kembali berpuasa kat MMHE. Berbeza dengan last year, puasa kat RAPID Pengerang. So mcm biasa la rutin aku tiap2 posa, suka sgt berjalan ke bazar ramadan sambil mencari2 makanan yg Wow n mantap n jarang dpt pada waktu lain.
Adam ngan farhan mcm kembar kalau kat kampung. 

Sunday, May 5, 2019

Klinik Gigi Pasir Gudang

Salam,

Misi menulis blog setiap hari di teruskan, kali ni aku ada kat klinik gigi KKM pasir gudang. Nak g check gigi ni, kekadang rs sakit sgt sampai rasa sengal kat rahang ni. So b4 ramadhan tiba g la check. Dtg2 sni... haaaaa penuh org rini. 3 jam la gamak nyer nak nunggu org kat sni.
Haa lg 30++ giliran

Anak bujang menemani. Haha

Saturday, May 4, 2019

Air terjun Kota tinggi

Salam,

Misi menulis hari2 di teruskan. Kali ni nak citer rini kami sekeluarga pergi menyejukan badan ke air terjun Kota Tinggi.Dlu ni la port family aku ms aku kecik2 dlu. Tapi sekarang air terjun kota tinggi tu da tukar management. Dengarnya Majlis Daerah Kota tinggi take over pusat reakrasi ni. Dulu tiket mahal sekarang da murah skit. Harga tiket as per below:

Dewasa : RM5
kanak2 bawah 5 tahun : RM2
kanak2 6-12 : RM3
parking kereta : RM3

see... murah kan. Tapi yang paling kan. Dah boleh bawa bekal masuk air terjun ni. Dulu x boleh langsung. Dulu diorg akan check n bongkar beg korg kalau2 ada makanan. Sekarang dah blh bawa masuk dengan senang hati nya. Hehehe korg layan la gambar kat bawah ni.

Adam teruja. Syok betul 

Baru sampai. Cuaca sgt elok

Adam dengki ngan mama dia. Hahah

Terapi air. Rasa mcm g berurut

Adam nak try jugak

Best woo

Bertiga lebih baik.

Friday, May 3, 2019

Email baru @ Sao Vang project

Salam,
Misi rajin menulis blog di teruskan lagi. Hr ni 3 mei 2019 dpt pc VDI baru. Tau tak apa tu VDI pc tu? VDI tu

"Virtual desktop infrastructure (VDI) is virtualization technology that hosts a desktopoperating system on a centralized server in a data center. VDI is a variation on the client-server computing model, sometimes referred to as server-based computing. The term was coined by VMware."

Rajin2 je la yek membaca. Membaca tu kan amalan mulia. Nak senang paham VDI Pc ni x pakai hardisk, abis mcm mana nk save kerja eh.?.. haaa system pc ni diorg pakai centralise hardisk server. Tgk gmbar kat bwh ni.
Contoh system VDI ni. 

Ni VDI PC yang aku dapat. Kecik je CPU dia


Email baru official used today

RARE ni.. muahahhaa

Actualy post ni nk tayang email baru. Terciter pasal PC VDI ni. Skrang email official kerja aku adalah nizam.ar@mmhe.com.my.  yang lama dlu x blh pakai dah walaupun masuk mmhe smula pakai ID mmhe yg lama. K la bye